Mangkuk makanan kucing dalam bahasa inggeris adalah Cat Bowl atau Pet bowl.
3 minit mengajar anda bagaimana untuk memilih mangkuk makanan kucing yang terbaik di Malayisa. Apa itu Smart mangkuk kucing?
Mangkuk kucing mempunyai reka bentuk dan bahan yang berlainan dan setiap satu mempunyai cirinya tersendiri. Berikut adalah 6 jenis mangkuk kucing. Apakah kelebihan dan kekurangan mereka?
- Ceramic
- Stainless steel
- Plastic
- Penimbang pintar
- Anti semut
- Lambat
Teruskan membaca, bahagian bawah kami akan menyediakan satu jadual yang analisis mangkuk kucing sebagai rujukan anda
Bagaimana memilih mangkuk makanan kucing yang bagus?
1)Saiz mangkuk makanan kucing
Mangkuk kucing tidak boleh terlalu kecil, kerana kucing tidak suka janggutnya terkena mangkuknya semasa makan.
Tidak boleh terlalu dalam, kerongkong kucing akan terkena di bahagian tepi mangkuk.
Kucing tidak suka janggutnya terkena mangkuk semasa makan, jadi ukuran mangkuk kucing haruslah bujur atau lebih besar.
2)Berat mangkuk makanan kucing
Mangkuk kucing harus berat sedikit. Ini disebabkan semasa kucing makan, mangkuk kucing tidak akan dialih, ditolak, dan tidak mudah diketul oleh kucing.
3)Ketinggian mangkuk makanan kucing
Kedudukan kucing yang paling selesa untuk makan adalah mangkuk kucing tepat di hadapan mulut kucing. Sekiranya mangkuk kucing diletakkan di atas lantai, kucing harus menundukkan kepalanya untuk memakan. Ini mungkin menyebabkan kucing muntah dan tidak baik untuk bahagian badan belakang mereka.
Selain itu, bagi kucing tua adalah sangat sukar untuk mereka untuk menundukkan kepala. Oleh itu, cari mangkuk kucing dengan sokongan supaya kucing senang memakan.
4)Qualiti mangkuk makanan kucing
Terdapat beberapa jenis bahan untuk mangkuk kucing. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Adakah mangkuk seramik lebih baik?
6 jenis mangkuk makanan kucing yang terbaik di Malaysia
Seramik
Mangkuk seramik adalah berat supaya tidak dilanggar oleh kucing. Sekiranya anda yang menyediakan makanan kucing anda dengan menggunakan Microwave untuk memanaskannya dari beku, maka mangkuk seramik sesuai digunakan kerana seramik tahan suhu tinggi.
Tetapi haruslah berhati-hatilah dengan mangkuk seramik kerana ia mudah pecah, terutamanya semasa tiada sesiapa yang berada di rumah. Dicadangkan untuk menyimpan mangkuk kucing di tempat yang selamat selepas kucing habis makan untuk mengelakkan kucing memecahkannya.
- Size:9cm x 9cm x 8cm
- Diameter:11cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk makanan kucing seramik
✅Berat dan stabil
✅Tahan panas (Boleh dipanaskan dengan Microwave)
✅Mudah dibersihkan
✅Dapat mengelakkan Feline Ance
❌Mudah pecah
Stainless Steel / Keluli
Mangkuk Stainless steel tahan karat relatif tahan jatuh, ia tidak akan pecah walaupun jatuh di lantai, senang dibersihkan, dan tidak mudah membiak bakteria. Ia boleh dikatakan sebagai “bahan mangkuk kucing yang paling selamat “.
Di samping itu, mangkuk stainless steel tahan karat lebih ringan. Dicadangkan untuk memilih mangkuk di mana bahagian bawahnya mempunyai getah yang tidak mudah tergelincir. Jika tidak, kucing akan menolak mangkuk itu semasa makan.
- Diameter:18cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk makanan kucing stainless steel
✅Tahan jatuh dan calar
✅Tahan panas
✅Mudah dibersihkan
❌Terlalu ringgan
Plastic
Mangkuk kucing plastik murah, tetapi terlalu ringan, dan mudah calar di permukaan mangkuk.
Sekiranya mangkuk kucing plastik pecah, dicadangkan untuk mengganti yang baru. Ini disebabkan makanan mungkin akan tertinggal di celah. Sekiranya tidak dibersihkan dengan teliti, ia akan membiakkan bakteria.
Selain itu, mangkuk plastik juga merupakan salah satu punca dagu hitam(Feline Acne) kucing. Dagu hitam ialah bintik / jerawat hitam di bahagian bawah muka kucing.
Read more:
- Size:27cm x 13cm x 7cm
- Diameter:13cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk makanan kucing plastic
✅Murah
❌Mudah meninggalkan kekotoran dan bakteria (Cat acne)
❌Mudah dibalikkan
❌Terlalu ringgan
Mangkuk kucing penimbang pintar (Smart cat bowl)
Mangkuk kucing penimbang pintar yang bijak membolehkan anda mengetahui berapa gram makanan yang anda masukkan ke dalam mangkuk kucing setiap kali. Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi untuk menetapkan jumlah makanan yang mencukupi untuk kucing.
Walaupun diperbuat daripada bahan plastik, tetapi ia telah diperakui secara rasmi oleh U.S. Food and Drug Administration(FDA)https://en.wikipedia.org/wiki/Food_and_Drug_Administration, di mana ia boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria di permukaan mangkuk kucing dengan berkesan.
- Size:18cm × 18cm x 6cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk makanan kucing penimbang pintar
✅Fungsi menimbang berat
✅Meggunakan bahan antibakteria
✅Mempunyai Apps
✅Kalis air
❌Mahal
Mangkuk kucing anti semut
Adakah kucing anda sentiara makan sampai makanan berselerak di lantai. Jika jawapan anda adalah ya, maka anda boleh cuba mangkuk kucing ini!
Terdapat ruang di sekitar mangkuk kucing, jadi makanan kucing yang dituangkan dapat tertumpu di satu tempat, dan makanan kucing tidak akan berselerak di merata-rata tempat. Di samping itu, anda boleh mengisi air di sekeliling mangkuk kucing untuk mengelakkan semut memakan makanan kucing.
Jenis mangkuk ini menggunakan bahan Stainless Steel, ia boleh dikeluar dan dibersihkan, senang dan bersih
Anda boleh meletakkan air di satu tempat dan makanan di satu tempat yang lain, atau 2 ekor kucing berkungsi untuk menggunakan mangkuk kucing ini.
- Size:42cm x 25cm x 7cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk kucing anti-semut
✅Anti semut
✅Dapat jaga kebersihan lantai
✅Mempunyai 2 mangkuk
❌Terlalu rendah, memerlukan sokongan untuk menambahkan ketinggian mangkuk kucing
Mangkuk kucing lambat
Jika kucing makan terlalu cepat boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan muntah, jadi mangkuk kucing ini dicipta untuk mengurangkan masalah kucing makan terlalu cepat.
Lubang-lubang pada mangkuk boleh mengurangkan kelajuan kucing makan, tetapi meningkatkan kesukaran untuk pembela kucing untuk membersihkan mangkuk kucing. Sekiranya tidak dibersihkan dengan teliti, ia akan membiak bakteria.
Penggunaan mangkuk kucing lambat untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kucing letih dan malas untuk makan.
- Diameter:17.5cm
Kelebihan dan kekurangan mangkuk kucing lambat
✅Mengurangkan masalah kucing makan terlalu cepat
✅Menggunakan tenaga kucing
❌Susah cuci
❌Kucing tidak suka menggunakan mangkuk ini untuk makan
Jadual-Mangkuk Makanan Kucing Yang Dicadangkan
Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~
【Shopee Promo Code】
🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA
Read More:【Malaysia】22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review