makanan sihat untuk kucing Freeze Dried

Makanan Sihat Untuk Kucing: 7 Jenis Freeze Dried Dicadangkan

Sekarang banyak pembela kucing mementingkan kesihatan kucing mereka. Mereka akan berhati-hati ketika memilih makanan kucing. “Freeze dried” yang merupakan makanan sihat untuk kucing menjadi makanan kucing yang laris dalam era ini.

  • Freeze dried bagus ke?
  • Freeze dried diperbuat daripada daging?
  • Bolehkah kucing makan Freeze dried?
  • Adakah anda tahu bahawa Freeze dried adalah makanan untuk angkasawan dan tentera?

Berikut adalah senarai Freeze dried complete food & complementary food kucing yang disyorkan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, teruskan membaca.


Menurut analisis, perkara berikut disyorkan

Freeze Dried Complete Food
Paling budget:Primal
Paling laris:JuMa Burger
Paling bernilai:OzPro Holistic

Freeze Dried Complementary Food
Paling budget:Paw-Cipes
Paling laris:JuMa
Paling bernilai:OzPro

Join ZonKucing Facebook Group untuk mendapat info offer barang kucing!! https://www.facebook.com/groups/374903620718172

Kenapa freeze dried merupakan makanan sihat untuk kucing?

Freeze dried adalah pembekuan makanan yang cepat melalui suhu rendah, dan kemudian air dalam makanan diekstraksi ke dalam gas dengan vakum. Kaedah pemprosesan ini disebut “Freeze dried”.

Proses ini dapat mengeluarkan air dari makanan, meningkatkan jangka hayat makanan, dan dapat mencapai pensterilan (bakteria tidak dapat hidup tanpa air).

Freeze dried adalah keras, jadi anda hendak merendamnya di dalam air untuk melembutkannya sebelum makan. Freeze dried masih boleh dimakan walaupun diletakkan untuk beberapa tahun. Secara umumnya, Freeze dried digunakan sebagai makanan kecemasan, makanan ini diambil ke luar angkasa, dan sekarang juga mempunyai makanan ringan Freeze dried bagi kucing atau anjing.

Freeze dried bagus untuk kucing?

Kebaikan freeze dried

Boleh dikatakan cara terbaik untuk mengawet makanan adalah dengan Freeze dried, kerana Freeze dried dapat mengekalkan nutrien dalam daging segar. Oleh itu, memberi kucing Freeze dried umpana memberi kucing daging yang segar dan berkhasiat, dan ia mudah dicerna.

Keburukan freeze dried

Sesetengah vitamin akan hilang semasa proses pembuatan Freeze dried, jadi hendaklah mengganti balik vitamin yang hilang untuk kucing.

Berbanding dengan makanan kucing, kos pengeluaran dan pemprosesan bagi Freeze dried adalah lebih tinggi. Jadi, harga bagi Freeze dried juga mahal.

Makanan kucing Vs freeze dried

Kedua-dua jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri. Pembeli dinasihatkan untuk membuat pilihan mengikut kemampuan mereka sendiri.

Harga

Mengambil 1kg sebagai standard
Harga makanan kucing mulai dari RM6-RM50
1Harga Freeze dried mulai dari RM100-RM600.

Read more: Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus!

Khasiat

Kandungan daging dalam Freeze dried lebih tinggi daripada makanan kucing.
Kucing adalah karnivor jadi mereka boleh menyerap nutrien dalam daging, sementara karbohidrat lebih sukar diserap.
Kebanyakan makanan kucing yang murah mengandungi karbohidrat, ini yang boleh menyebabkan kucing susah cerna dan cirit-birit.

Tontonilah video di bawah ini, kucing suka makan Freeze dried!

Freeze dried adalah makanan complete atau complementary ?

Freeze dried complete food

Kucing tidak akan mendapat nutrisi yang seimbang jika hanya memberi satu jenis daging freeze dried, ia mesti dipadankan seperti ini:

  1. Sekiranya kucing makan 2 kali sehari, jadi satu kali bagi Freeze dried dan 1 kali lagi bagi makanan kucing / makanan kucing basah.
  2. Sekiranya kucing makan 1 kali sehari, boleh bercampur dengan Freeze dried + makanan kucing / makanan kucing basah.

Sekiranya anda rasa sukar untuk dipadankan, anda boleh terus membeli Freeze Dried Complete Food, seperti Ozpro,JuMa,Rawly Meat dan Primal.

Freeze Dried Complete Food ini mengandungi Ingredient seperti daging, tulang dan organ dalaman yang boleh memenuhi keperluan nutrisi kucing dalam sehari.

Complete food

Brand

Harga

JuMa Burger

RM26/100g

Ozpro RawFeast

RM27/100g

Rawly Meat

RM19/100g

Primal

RM27/100g

Check Harga

Scroll—->


Freeze dried complementary food

Freeze dried complementary food boleh digunakan untuk menipu kucing untuk minum air ataupun sebagai ganjaran kepada kucing dan sebagainya.


Makanan ringan Freeze dried juga boleh digunakan sebagai Complete Food, tetapi harus dipadan dengan Freeze dried yang lain, seperti:

Berikut adalah 5 jenama makanan ringan Freeze dried yang paling disyorkan. Jenama ini disukai oleh pembela kucing kerana diperbuat daripada bahan yang segar dan kucing sangat suka memakannya.

Snacks

Brand

Harga (Ayam)

Paw-Cipes

RM26/100g

Amelisa

RM29/100g

OzPro

RM39/100g

18cm

RM35/100g

14cm

RM45/100g

Check Harga

Scroll—->

Apa yang harus diperhatikan ketika membeli Freeze dried?

Boleh memilih Freeze dried melalui cara berikut.

Ingredient yang selamat

Pilihlah Freeze dried yang menggunakan daging segar. Elakkan daripada membeli Freeze dried yang telah dicampurkan dengan bahan seperti pawarna, MSG, bahan pengawet, daging yang unsurnya tidak dikenali dan sebagainya.

Harga

Freeze dried diperbuat daripada raw daging segar, oleh itu kosnya lebih mahal dan harga jualannya juga lebih mahal.

Apabila anda melihat Freeze dried yang murah, pertama sekali harus merujuk kepada Ingredient yang terdapat di dalamnya. Ia mungkin dicampurkan dengan pelbagai daging atau bahan yang lain. Kosnya lebih rendah jadi harga jualannya juga murah.

Harga bukan hanya satu kriteria yang digunakan untuk menentukan kualiti Freeze dried. Sebilangan freeze dried yang dihasilkan oleh China kemudian ekspot ke sini, selepas itu ia digantikan dengan pembungkusan baru dan dijual ke pasaran. Kos pengeluaran kilang adalah rendah berbanding dengan perusahaan kecil.

Reputasi peniaga

Semasa membeli Freeze dried jenama tempatan, anda boleh melayari ke Facebook mereka dan Google terlebih dahulu untuk mendapat informasi seperti maklum balas pelanggan terhadap jenama tersebut, atau pergi ke kedai talian penjual dan baca komen pelanggan sebelum membelinya.

Kalau anda membeli Freeze dried jenama luar negara, anda boleh pergi ke “Cat Food Recall” untuk memeriksa jenama yang anda beli. Sama ada terdapat berita atau kes yang negatif tentang pengeluar tersebut. Elakkan daripada membeli jenama yang sering mempunyai kes yang buruk.

Soalan lazim bagi Freeze dried

Cara untuk memberi Freeze dried kepada kucing

  1. Sebagai makanan ringan, boleh terus bagi kucing makan
  2. Campur dengan makanan kering dan makan bersama
  3. Rendam dalam air suam selama beberapa minit sehingga ia lembut, barulah bagi kepada kucing makan.
  4. Mengisar dan masukkan ke dalam makanan kucing basah untuk menambahkan selera kucing.

Ingatlah untuk menyediakan air yang mencukupi selepas kucing habis makan dan bersihkan mangkuk kucing untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

Bagaimana untuk menyimpan Freeze dried?

Freeze dried mesti disimpan di tempat yang kering dan berventilasi.
Freeze dried yang direndam di dalam air boleh disimpan ke dalam peti sejuk. Cubalah habiskan dalam masa 3-5 hari.

DIY makanan kucing Freeze dried

Freeze dried yang terdapat di pasaran semuanya diperbuat daripada mesin Freeze dried yang berindustri besar. Sekiranya anda ingin membuat sebilangan kecil freeze dried di rumah, anda boleh cuba dengan cara berikut:

1. Dicadangkan bermula dari buah-buahan sehingga anda sudah mahir baru tukar kepada daging.

2. Selepas memotong ayam menjadi kepingan, masukkan ke dalam bekas tertutup atau bungkus dengan pembalut plastik.

3. Letakkannya di dalam peti sejuk beku. Lebih baik jika peti sejuk dibiarkan kosong dan jangan buka peti sejuk dalam tempoh tersebut.

4. Tunggu selepas beberapa minggu dan anda boleh membuka peti sejuk untuk memeriksa kepingan ayam tersebut.

5. Setelah ayam dibawa keluar, warna ayam akan tetap sama. Jika warna ayam menjadi gelap, ini bermakna ia belum dibekukan sepenuhnya.

6. Masukkan ayam ke dalam mesin vakum dan keluarkan udara yang berlebihan. Klik sini untuk melihat mesin pengedap vakum isi rumah yang disyorkan. Sekiranya anda tidak mempunyai mesin vakum, anda boleh menggunakan beg tertutup untuk mengeluarkan udara sebelum menutup beg itu.

7. Siap! Boleh dimasukkan ke dalam kabinet, kotak bekalan kecemasan dan tempat lain, tidak perlu meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk.

Credit:Wikihow

Adakah Freeze dried sama dengan Air dried?

Air dried adalah penggunaan mesin pengering udara untuk meniup makanan sehingga kering.

Air dried food yang biasa dijumpai adalah mangga kering, strawberi kering, kiwi kering dan sebagainya.

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

Read More:22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review

makanan-basah-kucing-bagus-di-malaysia

2 thoughts on “Makanan Sihat Untuk Kucing: 7 Jenis Freeze Dried Dicadangkan”

    1. Tak bahaya, sebab teknologi Freeze dried boleh menghalang pembiakan bakteria, elakkan membeli produk yang tidak berjenama, dan deworm kucing anda dengan kerap

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *