Kerak hitam bawah dagu kucing?
Dagu kucing hitam? Apa tu? Itu JERAWAT KUCING atau dipanggil Feline acne dalam bahasa Inggeris. Apakah punca dagu kucing hitam? Adakah disebabkan oleh mangkuk kucing plastik? Ataupun makanan kucing terlalu berminyak?
Dagu kucing hitam lebih kurang sama dengan jerawat manusia. Biasanya muncul di dagu atau ekor kucing. Pada permulaan ia hanya beberapa bintik hitam, kemudian akan menjadi semakin serius dan muncul radang.
Apakah punca dagu kucing hitam?
Jangkitan bakteria
kebersihan rumah sangat penting kerana bakteria akan kumpul di dalam debu. Semasa kucing bermain-main, ia akan terdedah kepadahabuk. Keadaan ini kemungkinan akan menyebabkan kucing dagu hitam.
Sistem kekebalan rendah
Kucing dengan imuniti lemah akan menyebabkan dagu hitam. Jadi hendaklah menambahkan vitamin kepada kucing anda. Vitamin seperti VertriDmg
Gangguan sistem endokrin
Seperti dengan perkembangan manusia, apabila kucing mencapai kematangan seksual, sistem endokrin akan menjadi tidak seimbang dan rambut akan berminyak. Sekiranya tidak dibersihkan, ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan mengakibatkan kucing dagu hitam. Terdapat sesetengah kucing di mana dagu hitam akan berlaku pada ekor mereka.
Ligation pun dapat mengurangkan gangguan sistem endokrin.
Read More: 9 Soalan lazim mengenai memandulkan kucing & vaksinasi kucing
Makanan kucing kering yang mempunyai lemak tinggi
Makanan kucing yang terlalu berminyak akan menyebabkan folikel rambut mengeluarkan minyak. Jika tidak dibersihkan, seperti di atas, ia akan menyebabkan dagu hitam.
Read More: Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus! Whisxxx ada warna?
Sisa makanan di mulut
Sekiranya mulut kucing tidak dibersihkan selepas makan, ia juga akan menyebabkan dagu hitam. Anda haruslah membersihkan dagu kucing dengan kerap.
Pinggan mangkuk atau permainan plastik
Peralatan plastik, pinggan mangkuk atau permainan kucing harus kerap dibersihkan. Ini disebabkan permukaan plastik mudah membiak bakteria, dan bakteria ini akan ke badan kucing tanpa disedari.
Read More: 6 Jenis Mangkuk Makanan Kucing Yang Bagus
Makanan kucing dibiarkan terlalu lama
Jika makanan kucing dibiarkan selama 1 jam dan kucing masih belum menghabiskannya, ia hendaklah disimpan. Jika tidak, makanan kucing ini akan membiak bakteria. Keadaan ini sama dengan makanan manusia, makanan mesti disimpan jika tidak menghabiskan, kalau tidak ia akan menjadi buruk (membawa bakteria).
Cara merawat dagu kucing hitam
Jika kucing anda sudah mempunyai pustula dan ruam merah, dinasihatkan membawa kucing berjumpa dengan doktor haiwan kerana keadaan sudah menjadi serius.
Sekiranya hanya mempunyai sedikit titik hitam, dan masih dalam keadaaan yang baik. Kami boleh:
Air Garam Saline
Bersihkan dagu kucing dengan air garam dan kapas setiap hari selepas kucing habis makan.
Teh hijau
Bancuh secawan teh hijau, menggunakan teh hijau dan kapas untuk menggosok dagu kucing secare perlahan.
Sabun sulfur
Terdapat banyak sabun yang berwarna kuning dijual di Shopee adalah sabun sulfur. Jenis sabun ini lebih merangsang dan tidak digalakkan untuk mengguna pada dagu kucing, tetapi ia boleh digunakan di ekor kucing.
Alkohol swab
Alkohol juga merupakan bahan yang merangsang dan penggunaannya untuk jangka masa yang panjang boleh mendatangkan keburukan kepada kulit. Walau bagaimanapun alkohol boleh digunakan untuk membasmi kuman, tetapi tidak digalakkan untuk kerap mengguna.
Kalau boleh, anda boleh membeli kepingan Alochol Swab, ataupun dalam bentuk botol.
Sila rujuk video di sini
Bagaimana untuk mencegah kucing dagu hitam kucing?
- Permainan mesti kerap dibersihkan
- Pinggan mangkuk diperbuat daripada keluli tahan karat, kaca atau seramik, dan mesti dibersihkan setiap hari
- Membersihkan dagu kucing setiap hari
- Pilih makanan kucing yang berlemak rendah
- Jaga kebersihan persekitaran dengan menggunakan robot penyapu dan pembersih udara
Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~
【Shopee Promo Code】
🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA
Read More:9 Pasir Kucing Terbaik di Malaysia! Kurang Habuk!