Makanan kucing kering yang bagus

Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus! Whisxxx ada warna?

Apakah jenama makanan kucing kering yang bagus? Belajar untuk melihat senarai kandungan pada label makanan kucing dan jangan salah beli! Terdapat 26 jenama makanan kucing yang boleh didapati di Malaysia.

Terdapat banyak jenis makanan kucing di pasaran. Kami sering mencari makanan yang sesuai untuk kucing kesayangan anda dan bertanya: Makanan kucing Misha atau Reflex bagus?

Artikel ini kami akan mengajar anda bagaimana untuk melihat kandungan makanan kucing supaya anda tidak perlu risau untuk memilih makanan kucing!

Top makanan kucing kering

Mengabaikan makanan kucing yang mengandungi bahan berbahaya, List ini merupakan makanan kucing yang terbaik di Malaysia.

Makanan budget untuk kucing liar:Vital Plus, Belif
Makanan kucing yang murah:Happy Cat Minkas, Brit Premium
Makanan kucing yang laras :Taste of the wild, Cindy Recipe, Urbanwolf, Brit Care
Makanan kucing harga sederhaan:Allando, Earthbone
Makanan kucing luxury:Orijen, Acana

Mengapa kami mengesyorkan 26 jenis makanan kucing ini? Terus membaca!

Cara pilih makanan kucing mengikut “Ingredient”

Jangan memberi kucing anda makan makanan kucing yang mengandungi banyak bahan kimia dan tidak boleh dicerna.

Di sini kami tidak akan menjelaskan semua komponen, tetapi kami akan mengajar anda untuk melihat 8 komponen penting. Pilih makanan kucing yang betul barulah kucing anda akan sihat

Daging

Daging adalah sumber protein utama. Jadi semasa memilih makanan kucing, pastikan anda memilih makanan kucing dengan kandungan dagingnya yang tinggi dan cuba mengelakkan makanan kucing dengan unsur daging yang tidak dikenali.

Apakah yang dimaksudkan dengan unsur daging yang tidak dikenali? Anda akan melihat perkataan Meat/ Poultry By-product pada kandungan makanan kucing yang berharga murah, ini bermaksud mengandungi daging, tetapi kemungkinan daging yang digunakan berkualiti rendah, dari binatang mati, tulang, kepala, dan organ dalaman dan banyak lagi. Sebaliknya, makanan kucing yang baik akan menyatakan dengan jelas jenis daging yang digunakan sama ada Salmon, Ayam, atau jenis daging lain yang digunakan

Perkataan yang hendak diperhatikan: Fresh Meat,Meat Meal,Poultry By-product

Sekiranya tidak menyatakan jenis daging yang digunakan, seperti: Ocean Fish, Chicken Flavour, meat meal. Semuanya merupakan makanan kucing yang tidak memenuhi syarat.

Selain daripada makanan kucing, makanan kucing dalam tin juga perlu diperhatikan

Read More:【Malaysia】22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review

Bijirin/Grain

Bijirin adalah gandum, jagung, beras, dan lain-lain. Secara umumnya, anda akan melihat perkataan seperti Corn, rice dan sebagainya dalam kandungan makanan kucing kerana penggunanan bijirin boleh menjimatkan kos. Protein dan karbohidrat tumbuhan ini sukar dicerna dan boleh mengakibatkan kucing gemuk, muntah, cirit-birit, keguguran rambut dan sebagainya. Ini disebabkan kucing lebih mudah menyerap protein dalam daging daripada protein tumbuhan (bijirin).

Sekiranya anda mempunyai kemampuan, pilihlah makanan kucing tanpa bijian, atau lebih dikenali sebagai Grain-Free. Makanan kucing Grain-Free adalah lebih mahal disebabkan menggunakan ubi jalar, kentang, ubi kayu dan makanan lain untuk menggantikan gandum, jagung, beras dan bijirin lain.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Corn,Wheat,Grain,Soybean

Pengawet/Preservative

Pengawet membolehkan makanan kucing tahan lebih lama. Terdapat pengawet yang baik dan pengawet yang bermutu rendah.

BHA dan BHT merupakan pengawet yang bermutu rendah. Penyelidikan oleh pakar Amerika menunjukkan bahawa pengawet ini boleh menyebabkan barah dan kandungan ini terdapat dalam makanan kucing di pasaran.

Sekiranya anda melihat perkataan Natural Antioksidan, Rosemary Extract, Acid ataupun (Lactic Acid Phosphoric Acid), ia adalah lebih selamat.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Preservative, Antioxidant,BHA/BHT,Ethoxynquin

Contoh makanan kucing yang mengadungi BHA/BHT:Proud

Gula

Gula bukanlah salah satu komponen yang diperlukan oleh tubuh kucing, jadi kandungan ini boleh dielakkan.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Flavour,Molasses, Sugar

Warna/Coloring

Food Coloring digunakan untuk bagi makanan kucing lebih menarik, atau membuat warna makanan kucing lebih gelap. Ini disebabkan makanan kucing dengan kandungan daging tinggi mempunyai warna yang lebih gelap, sementara makanan kucing dengan kandungan bijian tinggi warnanya lebih terang. Pigmen ini mendatangkan keburukan kepada tubuh kucing.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Food Colouring,Colour,Yellow-,Caramel Colour

Garam

Tubuh kucing memerlukan garam / MSG dalam jumlah yang sangat sedikit, pengambilan garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan kucing jatuh sakit atau kematian. Oleh itu, cuba elakkan makanan kucing dengan kandungan garam yang tinggi dan sediakan air minum yang mencukupi untuk kucing anda.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Sodium Nitrite, Sodium Chloride,Potassium Chloride,Magnesium Chloride

Animal Fat /Lemak

Mengapa tidak menyatakan dengan jelas lemak haiwan yang digunakan? Lemak haiwan yang tidak baik boleh memudaratkan kesihatan kucing. Pengilang makanan kucing yang baik akan menyenaraikan kandungan yang ada dalam makanan kucing, seperti lemak ayam dan sebagainya.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Animal Fat, Poultry Fat, Greaves, Rendered Fat

Vitamin

Vitamin ada jenis yang boleh memanfaatkan dan memudaratkan kesihatan kucing. Contohnya Vitamin K yang merupakan buatan manusia boleh memudaratkan kesihatan kucing. Penggunaan bahan-bahan ini secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan organ kucing.

Perkataan yang hendak diperhatikan: Vitamin Premix,Vitamin  K,Vitamin K3,Menadione

Jenama Makanan Kucing Kering yang bagus (terdapat di Malaysia)

Setelah dianalisis, jenama makanan kucing ini adalah lebih baik (pendapat sendiri kerana tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihtan kucing)

Semasa membeli makanan kucing, anda boleh cuba dengan bungkusan kecil (Repack) terlebih dahulu dan bagi kucing anda mencubanya. Sekiranya semuanya baik dan tak ada masalah, maka boleh beli bungkusan besar.

Selain daripada makanan kucing, kucing juga boleh makan Complete wet cat food dan Freeze dried complete food.

Read More:【Malaysia】22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review

Read More:Makanan Sihat Untuk Kucing: 7 Jenis Freeze Dried Dicadangkan

Grain Free 🔻

Brand

Taste of the wild

Urbanwolf

Cindy Recipe

Brit Care

Carnilove

Propac

Fussie cat

Earthborn

Allando

Tuscan Natural

Acana

Orijen

Average

RM17/kg

RM18/kg

RM18/kg

RM21/kg

RM23/kg

RM26/kg

RM28/kg

RM28/kg

RM30/kg

RM32/kg

RM41/kg

RM47/kg

3 Ingredient Teratas

Chicken meal, peas, sweet potatoes

Deboned Turkey, Turkey Meal, Deboned Chicken

Dehydrated Chicken, Dried Potato Flakes, Peas

dehydrated turkey, fresh chicken meat, yellow peas

salmon meal, turkey meal, yellow peas

Chicken Meal, Peas, Chicken Fat

Salmon, Chicken Meal, Peas

Turkey Meal, Chicken Meal, Peas

Boneless wild salmon, boneless turkey, boneless herring

Humanely Raised Turkey, Humanely Raised Chickens, Chicken Meal

Fresh chicken meat, fresh turkey meat, fresh chicken giblets

Fresh chicken meat, fresh turkey meat, cage-free eggs

Check Harga

Non-Grain Free 🔻

Brand

Dormeo

Vitalplus

Belif

Greens

Rich Co

Happy Cat

Brit Premium

Button & bows

Molly

Cindy Holistic

Prochoice

Blackwood

Average

RM1/kg

RM7/kg

RM7/kg

RM9/kg

RM9/kg

RM10/kg

RM10/kg

RM10/kg

RM11/kg

RM12/kg

RM12/kg

RM18/kg

3 Ingredient Teratas

Poultry Protein, Wheat, Wheat Flour

Wheat, Chicken Meal, Maize Pellets

(chicken, turkey, duck) meal,
maize, maize meal

Chicken meal, Fish meal, Brown rice

Australian Turkey, Sweet Potatoes, Pumpkin

Poultry protein, poultry fat, potato flakes

Chicken, rice, chicken fat

Chicken meal, brewers dried rice, ground maize

Dehydrated Chicken Protein, Baldo
Rice, Maize

Dehydrated Chicken, Maize, Maize Bran

Dried lamb protein, hydrolyzed deboned
lamb protein, Baldo rice

Chicken Meal, Ground Corn, Brown Rice

Check Harga

Berhati-hati dengan Makanan Kucing Tiruan

Taste of the wild

Sama ada membeli makanan kucing dalam talian atau di kedai haiwan peliharaan, anda harus berhati-hati untuk mengelakkan membeli makanan kucing tiruan. Terdapat contoh pelanggan Malaysia yang berkongsi pengalaman mereka sendiri. Mereka membeli sebungkus makanan kucing dari Shopee. Setelah menerima barang tersebut, mereka mendapati warna dan rasanya berbeza dengan pembelian sebelumnya. Kemudian mereka baru mendapati bahawa mereka telah membeli makanan kucing tiruan.

1)Bungkusan produk asli mempunyai perkataan Taste of the wild “R”, sementara produk tiruan tidak akan menunjukkan perkataan “R” itu.
2)Penampilan makanan kucing asli adalah kasar + warna terang, sementara penampilan makanan kucing tiruan adalah lebih gelap

Credit: FB Atiqah Que Leong

Makanan Kucing Yang Tidak Disyorkan

Secara umumnya, jenama biasa mengandungi sebilangan kecil bahan yang tidak diingini, dan cuba mengelakkan bahan kimia berbahaya seperti pengawet, MSG dan pigmen yang disebutkan di atas. Jadi apakah jenama makanan kucing yang mengandungi bahan berbahaya?

Jenama di pasaraya🔻

Brand

Smart heart

Smart heart gold

Purina One

Friskies

Cuties catz

Prodiet

Whiskas

Tesco

Preservative 

⭕

⭕

⭕

⭕

Warna

⭕

⭕

⭕

⭕

⭕

Vitamin K

⭕

⭕

⭕

Jenama di Pet Store🔻

Brand

Petland

Glory Cat

Misha

Reflex plus

Proud

Love cat

Preservative 

⭕

⭕

⭕

⭕

Warna

⭕

Vitamin K

⭕

⭕

⭕

Soalan lazim untuk pembela kucing yang baru

Mangkuk kucing plastic ada kaitan dengan feline-acne?

Adalah disyorkan untuk memilih seramik atau keluli tahan karat untuk mangkuk kucing. Kalau boleh jangan pilih mangkuk plastik. Kenapa? Sila baca artikal yang seterusnya.

Read More: 6 Jenis Mangkuk Makanan Kucing Yang Bagus

Bagaimana untuk menyimpan makanan kucing?

Terdapat dua cara untuk menyimpan makanan kucing:

Simpan di dalam bekas vakum, seperti bekas 47L atau 28L ini.

Gunakan mesin vakum makanan di rumah untuk membahagikan makanan kucing kepada bungkusan kecil dan simpannya secara vakum.

Sekiranya kucing anda makan dengan perlahan dan makanan kucing perlu disimpan dalam jangka masa yang lama, cara terbaik adalah menggunakan mesin vakum untuk membungkusnya.

Jawapannya sangat mudah. ​​Keropok akan menjadi lemau jika simpan terlalu lama di dalam bekas, sama dengan makanan kucing. Jika makanan kucing sudah lemau, rasanya akan berbeza dan kucing tidak akan tertarik selepas menghidukannya.

Terdapat ulat di dalam makanan kucing, kucing masih boleh makan?

Tidak boleh, risau bahawa kucing akan dijangkiti parasit setelah memakannya.
Tuan-tuan kucing juga harus ingat untuk membantu kucing bebas dari cacing secara berkala setiap beberapa bulan. Walaupun tidak kelihatan parasit, badan kucing berkemungkinan sudah dijangkiti parasit

Parasit boleh merebekas ke kucing melalui nyamuk, tokek, tumbuh-tumbuhan, kasut, tanah, dan lain-lainnya. Cadangkan anda membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cacing dan parasit.

Makanan Kucing yang murah tidak bagus?

Makanan kucing yang berharga rendah biasanya mengandungi biji-bijian, bahan tambahan dan daging yang tidak dikenali. Orang yang sering memberi makanan kepada kucing liar atau tuan-tuan kucing yang membela banyak kucing boleh memilih makanan kucing yang lebih murah ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban, tetapi juga kucing-kucing tidak akan berasa lapar.

Apa yang tidak boleh dimakan oleh kucing?

Berikut adalah makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing. Jika dalam keadaan teruk, mereka akan mati! Screenshot Now!

  • Egg white tanpa masak
  • Nuts
  • Makanan yang mengandungi garam yang tinggi
  • Pedas
  • Bawang Cina
  • Bawang
  • bawang merah
  • Bawang putih
  • Tulang
  • Alkohol
  • Kopi
  • Coklat
  • Susu

Bolehkah kucing makan makanan anjing? 

Tidak boleh, makanan anjing kekurangan beberapa nutrien yang diperlukan oleh kucing, seperti Taurine, yang hanya terdapat dalam makanan kucing. Sesetengah makanan anjing agak besar, tidak sesuai untuk kucing.

Apa yang harus diperhatikan ketika menukar makanan kucing baru?

Untuk kucing dapat menyesuaikan diri dengan makanan kucing yang baru, pengubahan makanan kucing mesti mengikuti arahan di bahagian belakang bungkusan makanan kucing.

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

2 thoughts on “Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus! Whisxxx ada warna?”

    1. Powercat masih ok untuk kucing banyak, tiada bahan berbahaya. Masih banyak daging di dalamnya
      [Fish Meal, Soybean Meal, Corn, Corn Gluten Meal, Chicken Oil, Fish Oil, Vitamins & Minerals, Taurine, Tuna Flavour]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *