Ubat Hairball Control Kucing

Jenama Ubat Hairball Control yang bagus!

Mengapakah kucing muntah hairball? tiada selera untuk makan? Kemungkinan besar disebabkan oleh masalah hairball? Adakah hairball control gel begitu berkesan? Kononnya, penggunaan hairball control gel tidak sihat untuk kucing, ataupun rumput kucing adalah lebih baik?

Terdapat pelbagai jenis jenama ubat hairball control dalam pasaran shopee. Di bawah akan mengajar anda cara untuk memilih ubat hairball control gel yang selamat dan sihat, di samping membolehkan anda mengenali terhadap jenis produk hairball control powder dengan lebih mendalam.

Fungsi ubat Hairball Control

Hairball control gel tidak digunakan untuk mencernakan bola bulu-bulu. Namun, mengeluarkan bola bulu-bulu melalui serat atau lemak untuk disalurkan ke luar badan.

Punca masalah Hairball kucing

Mula-mula, anda perlu mengetahui apakah masalah Hairball, terutamanya kucing yang berbulu panjang!!

Adakah anda tahu permukaan lidah kucing mempunyai “duri” atau”cangkuk”? Papilla ini akan membolehkan kucing tersilap makan banyak bulu ketika menjilat badanya.Maka semua bulu ini akan terkumpul di badan usus kucing dan tidak dapat dihadamkan, lama-kelamaan akan menyebabkan penyakit Hairball.

Simptom kucing yang kena Hairball

  • Batuk
  • Muntah secara kering (kadangkala mempunyai bulu)
  • sembelittiada selera untuk makan
  • Menjadi tidak aktif

Cara mengatasi kucing muntah hairball

Hanya terdapat 3 bahan ini yang dapat mengatasi masalah Hairball, antaranya termasuklah cara memuntahkan hairball dan mengeluarkan hairball melalui berak.

1) Serat (Fiber)

Serat dapat menggabungkan bulu dalam usus badan dengan butiran makanan , lalu mengeluarkan ke luar badan

Hairfall control powder dan hairball control gel yang berkualiti juga menggunakan serat untuk mengeluarkan Hairball.

2) Lemak

Lemak terbahagi kepada banyak jenis, iaitu minyak sayur/tumbuhan , minyak daripada haiwan, minyak galian, minyak ini membolehkan pergerakan usus untuk berbelit , lalu mengeluarkan Hairball

Minyak sayur/tumbuhan , minyak daripada haiwan dapat diserapkan oleh usus kucing, manakala Petroleum Jelly tak dapat diserapkan oleh usus kucing, sebab ini adalah petroleum extract.

Usus kucing sukar untuk menyerap minyak galian yang sedemikian, jika digunakan dalam jangka masa yang panjang maka akan mempengaruhi saluran darah dan menyebabkan penyakit usus.

Kebanyakan produk Hairball Control yang tidak berkualiti adalah menggunakan minyak galian, sebenarnya haruslah memilih minyak yang berasaskan tumbuhan/haiwan

3) Gula

Kebiasaannya, bahan ini hanya digunakan dalam produk Hairball Control Gel
Terdapat dua jenis gula dalam Hairball Control Gel:

  • Jenis pertama ialah Gula Sirap, bahan ini tidak membawa keburukan kepada badan, bahan ini dapat menambahkan keseleraan dan kesukaan kucing, maka akan menyebabkan kegemukan kucing.
  • Jenis kedua ialah Functional oligosaccharides(FOS),kita sering menjumpai bahan ini dalam tin makanan kucing, ini dapat merangsangkan pergerakan usus , memudahkan proses pencernaan lalu mengeluarkan Hairball.
CINDY_S_RECIPE_ORIGINAL_

Contoh:Cindy Recipe complementary canned food mengandungi FOS。

Read More–>【Malaysia】22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review

Hairball Control produk yang bagus

1-Rumput Kucing

Rumput Kucing

Bahan:Fiber
Cara Mengeluarkan Hairball:Muntah

Rumput kucing merupakan rumput yang boleh dimakan oleh kucing , misalnya rumput gandum.
Jangan silap beli, bukan Catnip.

✅Rumput gandum juga dikatakan Hairball Control Gel yang semula jadi, dan mengandungi serat yang membantu pergerakan usus.
✅Harganya murah, dapat menanam sendiri
❌Jika makan rumput gandum akan memuntahkan Hairball, tetapi akan merosakkan usus kucing jika muntah dalam tempoh masa yang panjang, bayangkan jika manusia seperti kita muntah macam sedemikian?
❌Kalau tidak mengambil perhatian kadangkala, maka kucing akan makan kembali sisa makanan yang dimuntahkan berserta dengan Hairball

Jikalau kamu lebih suka menanam rumput kucing, Soiless Cat Grass akan sesuai untuk anda.

2- Hairball Control Gel

化毛膏牌子

Bahan:Minyak tumbuhan, Minyak galian, Gula
Cara Mengeluarkan Hairball:Dikumuhkan melalui berak

Di bahagian atas, sudah menerangkan tentang keburukan petrolatum.

✅Harganya murah
✅Kucing suka makan
❌Disebabkan Artificial Flavour
❌Mengandungi minyak galian
❌Sesetengah juga mengandungi (Sweetener ), pengawet dan lain-lain.
❌Ubat krim akan melekatkan gigi, di samping menyebabkan kuman gigi merebak jika tidak dibersihkan

Sebagai contoh, jenama ini menggunakan White Petrolatum

Jadi, adakah Hairball Control Gel adalah tidak baik? Tidak semestinya, hanya perlu memilih kualiti yang lebih baik dan lebih terjamin

Bagaimanakah memilih Hairball Control Gel?

✅Pilih bahan utama produk yang mengandungi Fish oil, Linseed oil, flaxseed oil, Glukosa, malt.
❌Mengelakkan produk yang mengandungi minyak galian
❌Mengelakkan produk yang mengandungi pengawet, Artificial Flavour dan Sweetener.

3-Egg Yolk

pexels-ron-lach-8858705
Photo by Ron Lach from Pexels

BahanLemak
Cara Mengeluarkan Hairball:Dikumuhkan melalui berak

Terdapat dua bahan yang berguna dalam Egg Yolk:Choline & Lecithin.

✅Choline dapat membantu pergerakan usus
✅Manakala Lecithin dapat menghasilkan lemak lalu mengumpulkan bulu untuk dikeluarkan ke luar badan.
❌Mestilah kuning telur yang mentah, seperti Freeze Dried Egg Yolk

4-Labu

pumpkin for hairball
Photo by Ylanite Koppens from Pexels

BahanLemak
Cara Mengeluarkan Hairball:
Dikumuhkan melalui berak

✅Labu merupakan sejenis Hairball Control Gel yang semula jadi, serat yang terdapat dalam labu juga dapat membantu pergerakan usus, membolehkan Hairball dikeluarkan ke luar badan.
✅Murah
✅Dicadangkan makan wet food yang mengandungi labu, seperti Appslaw
✅Boleh memasak labu sendiri, tetapi tidak digalakkan secara berlebihan

5-Hairball Control Powder

Hairball Control Powder

BahanSerat
Cara Mengeluarkan Hairball:
Dikumuhkan melalui berak

Hairball Control Powder juga merupakan produk ubat Hairball Control, iaitu mencampurkan dalam makanan untuk dimakan.

✅lebih selamat, tidak mengandungi bahan yang berbahaya.
✅Kebiasaan menggunakan serat sebagai Main Ingredient
✅Sesuai untuk orang yang malas

Hairball Control Powder mirip macam rumput kucing, menggunakan serat yang semula jadi. Namun demikian, kalau berbanding dengan memuntah bola bulu-bulu, mengeluarkan bola bulu-bulu melalui berak adalah lebih baik.

Sini akan mengesyorkan 3 jenis produk yang menggunakan Psyllium Husk Powder sebagai bahan utama.

VetsBest Hairball Relief (Berbentuk pil), bahan yang lebih sihat dan selamat, tetapi sesetengah kucing tidak suka makan, jadi dicadangkan untuk menjadi serbuk lalu dicampurkan bersama Wet Food untuk dimakan.

Nourse Hairball Control, Jenama ini khususnya untuk produk kesihatan ,walaupun jenama ini dari negara China tetapi mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

Akhirnya, mestilah terdapat kawan-kawan akan bertanya, Ciao Ok ka? Saya tidak mengesyorkan kerana tidak memahami bahan produk ini.
Jenis ini menggunakan serat (Chitosan), Saya tidak faham??? Kerang ketam bagaimana akan menghasikan serat, boleh tak meminta tunjuk ajar daripada pakar atau sifu, sila tinggalkan komen~

Berapa lama bagi 1 kali ubat Hairball?

Secara umumnya, makan 1-3 kali seminggu, dengan berdasarkan panduan produk. Jangan sesekali menjadikan ubat Hairball Control sebagai makanan ringan.

Sekiranya kucing tidak berada dalam keadaan bertukar bulu secara bermusim, atau tidak berasa tidak sihat, jadi tidak memerlukan ubat Hairball Control.

Bolehkan anak kucing makan Hairball Control Gel?

Tidak dicadangkan. Anak kucing masih kecil dan tidak memerlukannya, sementara menunggu anak kucing besar lebih kurang 6 bulan, lalu memerhati keadaannya untuk menentukan sama ada perlu atau tidak.

Adakah Hairball Control Gel merupakan barang keperluan?

Tidak, Hairball Control Gel bukan barang keperluan. Menyikat bulu untuk kucing jika ada masa! Ini dapat mengelakkan masalah Hairball.

Read More:7 Tandas Kucing TERBAIK, Bekas ini lebih MURAH!

Tandas Kucing terbaik di malaysia

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *