Memandulkan kucing dan vaksinasi kucing di malaysia

9 Soalan lazim mengenai memandulkan kucing & vaksinasi kucing

Mengapakah kucing perlu dikembiri atau dimandulkan(ligasi)? Adakah benar bahawa kucing akan hidup lebih lama selepas ligasi? Berapakah harga mandulkan kucing di Malaysia? Berapa kerap vaksin kucing perlu diberikan?

Sekiranya kucing tidak dijalankan ligasi atau tidak diberikan vaksin, kucing akan menghidap pelbagai penyakit, seperti barah rahim, barah payudara, wabak kucing dan lain-lain lagi. Anda tahukah semua ini?

Berikut adalah soalan lazim mengenai vaksinasi dan ligasi kucing.

Memandulkan kucing (Ligasi)

Mengapakah kucing perlu dimandulkan?

Anda pernah mendengar kucing selalu berteriak? Sebenarnya, ia berada dalam keadaan estrus. Kucing sangat menderita semasa estrus, dan ligasi dapat mengelakkan penderitaan ini yang tidak diperlukan.

Ligasi juga dapat mengurangkan risiko kucing betina menjangkiti penyakit seperti barah rahim dan barah payudara. Kucing jantan akan lebih sihat selepas ligasi.

Selepas ligasi, kucing akan menjadi lemah lembut, tidak membuang air kecil di mana-mana, dan tidak akan selalu melarikan diri, ia akan lebih suka tinggal di rumah.

Akhirnya, yang paling penting adalah mengurangkan bilangan kucing liar! Pembiakan kucing terlalu cepat, ini akan menyebabkan banyak nyawa kecil yang tidak berdosa kehilangan tempat tinggal dan menghadapi kemalangan pada bila-bila masa.

Setelah kucing liar dijalani ligasi, mintakan doktor haiwan untuk memotong telinga kucing sebagai tanda untuk mengelakkan kucing liar tersebut dijalankan pembedahan sekali lagi

Berapakah kos ligasi kucing di Malaysia?

Harga ligasi berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Harga kira-kiranya(2021):

Jantan RM80-150

Betina RM120-260

Bilakah kucing boleh dijalani ligasi?

Berapakah umur kucing boleh dijalani ligasi? Bolehkah anak kucing dijalani ligasi? Secara amnya, doktor haiwan mencadangkan kucing yang berusia 6 bulan atau lebih dari 2kg boleh dijalani ligasi.

Kucing betina akan memasuki peringkat estrus lebih awal daripada kucing jantan, cadangkan kucing betina mesti dijalani ligasi pada usia 4-6 bulan. Bagi kucing jantan, ia boleh dijalani ligasi pada usia 8 bulan atau selagi ia memenuhi syarat ligasi, ia boleh dijalani ligasi pada bila-bila masa

Apa yang harus saya perhatikan semasa pemandulan(ligasi) kucing?

Sebelum pemandulan

Kucing mesti berpuasa makanan selama 8 jam dan air selama 4 jam sebelum operasi ligasi.

Contohnya, jika operasi ligasi bermula pada pukul 3 petang, dari pukul 6-7 pagi perlulah melarang kucing memakan, tetapi masih boleh minum air. Dari pukul 10-11 pagi, kucing kena berhenti minum air.

Selepas pemandulan

Setelah kucing dijalani ligasi, letakkan penutup kepala pada kucing untuk mengelakkan kucing menjilat luka, jangan biarkan kucing berlari dan melompat-lompat. Sekiranya pergerakannya terlalu besar, ia akan menjejaskan luka, lebih baik untuk mengurungnya di dalam sangkar.

Jangan biarkan kucing menggunakan pasir kucing selama 7 hari untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada luka. Gunakan lampin atau pasir kucing yang lebih higienis, seperti Paper Cat Litter/Tofu Cat Litter.

Read More: 9 Pasir Kucing Terbaik di Malaysia! Kurang Habuk!

Akhirnya, jangan memandikan kucing selama 2 minggu.

Tips penjagaan selepas operation mandul & sunat kucing⬇️

Vaksinasi Kucing

Mengapakah kucing perlu diberikan vaksin?

Untuk mengelakkan kucing daripada dijangkiti penyakit berjangkit, seperti wabak kucing, wabak kucing adalah penyakit yang boleh membawa maut. Kucing boleh diberikan vaksin apabila berat badannya mencukupi. Jika kucing diberikan vaksin apabila ia menjangkit wabak kucing, penyakit ini akan menjadi lebih serius. Oleh itu, sesiapa yang membela kucing mesti memberi vaksin ini kepada kucingnya.

Berapa kos vaksin kucing di Malaysia?

Harga vaksin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Harga kira-kiranya(2021):

RM40-70

Vaksin apa yang harus kucing dapatkan?

Biasanya vaksin 4in1. Dapatkan vaksin 4in1 di hospital veterinar. 4 jenis vaksin ini adalah

A) Feline rhinotracheitis

B) Feline panleukopenia

C) Feline calicivirus

D) Chlamydia psittaci

Berapa kali vaksin perlu diberikan?

3 vaksin pertama (A, B, C) sebulan sekali,

Vaksin keempat (D) akan diberikan satu tahun setelah menyelesaikan 3 vaksin pertama (A, B, C)

Setelah semua vaksin diberikan, datang sekali setahun untuk vaksin tambahan, kemudiannya tiga tahun sekali sebagai penguat vaksin.

Apakah yang harus diperhatikan ketika menjalankan vaksinasi?

Sebelum Vaksinasi

Kucing mesti berada dalam keadaan sihat ketika diberikan suntikan vaksin. Beri doktor haiwan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Jangan mandikan kucing 2 minggu sebelum suntikan vaksin.

Selepas Vaksinasi

Dalam satu minggu selepas suntikan, kucing harus diperhatikan sama ada muncul simptom seperti demam, muntah, cirit-birit, buang air besar, tiada selera makan, dan lain-lainnya. Sekiranya ada simptom, kucing mesti dibawa kembali ke doktor haiwan untuk diperiksa.

Selain itu, jangan mandikan kucing setelah vaksinasi selama dua minggu.

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

Read More:6 Ubat Cacing kucing yang terbaik di Malaysia

obat cacing kucing deworm terbaik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *