Pasir Kucing Terbaik di malaysia

9 Pasir Kucing Terbaik di Malaysia! Kurang Habuk!

Pasir kucing disebut Cat Litter dalam bahasa Inggeris, dan terdapat banyak jenis pasir kucing di Malaysia, ia boleh dibahagikan kepada 5 jenis:

  • Clay/Bentonite cat litter
  • Silica Gel/Crystal cat litter
  • Wood/Pine-wood cat litter
  • Paper cat litter
  • Toufu/Tofu/Soya cat litter

Pasir kucing mana yang paling terbaik? Berikut adalah analisis untuk 5 jenis pasir kucing. Yang paling popular adalah pasir kucing Tofu, pasir kucing Clay dan pasir kucing Pine-wood.

Kenapa? Fungsi pengawalan bau kuat? Ada habuk?
Terus membaca. Akhirnya, strategi untuk menganalisis pasir kucing akan disediakan sebagai rujukan anda

Join ZonKucing Facebook Group untuk mendapat info offer barang kucing!! https://www.facebook.com/groups/374903620718172

Jenis pasir kucing

Clay/Bentonite cat litter

clay litter

Ia diperbuat daripada pasir atau bentonite. Pasir kucing jenis ini lebih sama dengan pasir di luar, oleh itu ia lebih senang diterima oleh kucing.

Tapi masalah habuk lebih serius, kucing mudah membawanya keluar dari bak pasir kucing kerana ia terlalu kecil

Cirit-birit atau najis basah kucing dapat diserap menjadi gumpulan. Semasa pembersihkan, buangkan gumpulan air kencing dan najis ke tong sampah. Jangan buangkannya ke tandas.

Ia adalah pasir kucing yang paling sesuai untuk pemilik kucing baru, dan harganya murah.

Kebaikan & keburukan Clay/Bentonite cat litter

✅Clumping
✅Kucing mudah menerimanya
✅Murah
❌Banyak habuk
❌Mudah bawa keluar dari bekas pasir
❌Berat
❌Tidah boleh dibuangkan ke dalam mangkuk tandas

Silica Gel/Crystal cat litter

crystals silica litter

Pasir kucing ini diperbuat daripada silika. Walaupun ia tidak beracun dan tiada cemaran, kucing tidak boleh makannya terlalu banyak.

Setelah menyerap air kencing, gel silika akan berubah warna, dan air kencing yang tidak diserap akan menembusi. Oleh itu, 2 layer bekas pasir kucing atau pad lampin diperlukan untuk digunakan bersama.

Pasir kucing kristal gel silika tidak dapat tutup bau, najis tidak dapat ditutupi. Kerja pembersihan secara berkala diperlukan.

Kristal gel silika yang dikeluarkan boleh dikebumikan di dalam tanah atau dibuangkan ke dalam tong sampah. Jangan buangkannya ke tandas.

Kebaikan & keburukan Silica Gel/Crystal cat litter

✅Kurang habuk
✅Tak mudah bawa keluar dari bekas pasir
✅Ringan
❌Keras, mungkin kucing tidak menyukainya
❌Tak boleh flush ke tandas
❌Perlukan 2 lapisan bekas pasir kucing
❌Kawalan bau kurang baik

Wood/Pine-wood cat litter

Pinewood litter

Pasir kucing ini diperbuat daripada habuk kayu dan boleh dibahagikan kepada dua jenis, Jenis bergumpal dan Jenis cebisan.
Setelah air kencing diserap, ia akan menjadi serbuk dan jatuh ke bawah, jadi perlukan 2 layer bekas pasir kucing. Contohnya, bekas pasir kucing semi-automatik Catit boleh menggunakan pasir kucing pine-wood. Masalah habuk tidak serius, tak mudah dibawa keluar dari bekas pasir kucing oleh kucing, tetapi masih harus digunakan bersama dengan pad.

Ia boleh dibuangkan terus ke dalam mangkuk tandas selepas kerja pembersihan, ia adalah pasir kucing yang lebih mesra alam. Ia tidak akan berbau selepas keluarkan dari bekas pasir kucing.

Perhatikan bahawa kelembapan pada pasir kucing habuk kayu mudah menjadikannya sebagai tempat mengundang bakteria.

Kebaikan & keburukan Wood/Pine-wood cat litter

✅Kurang habuk, sesuai untuk sesiapa yang beralahan
✅Tak mudah bawa keluar dari bekas pasir
✅Ringan
✅Boleh flush ke tandas
❌Memerlukan penyodok yang berlubang besar
❌Memerlukan 2 layer bekas pasir
❌Sukar tutup bau berak basah

Paper cat litter

Paper cat litter

Pasir kucing ini diperbuat daripada kertas kitar semula, saiznya lebih besar, tidak mudah dibawa keluar dari bekas pasir kucing dan tidak ternoda pada kucing.

Ia akan hancur setelah terkena air kencing. Biarkan pasir kucing terurai baru membuat pembersihan supaya tidak sukar untuk menyodok.

Sesuai untuk kucing yang berbulu panjang.
Sesuai untuk kucing yang gemar kebersihan.
Sesuai untuk kucing yang baru mandul atau sunat.

Read more: 9 Soalan lazim mengenai memandulkan kucing & vaksinasi kucing

Kebaikan & keburukan Paper cat litter

✅Kurang habuk, sesuai untuk sesiapa yang beralahan
✅Tak mudah bawa keluar dari bekas pasir
✅Ringan
✅Boleh flush ke tandas
❌Tak clumping
❌Hancur selepas kena air
❌Memerlukan penyodok yang berlubang besar
❌Memerlukan 2 layer bekas pasir

Toufu/Tofu/Soya cat litter

Tofu litter

Pasir kucing tofu juga disebut Toufu Litter / Tofu Litter. Ia terbuat dari sisa tofu. Selamat untuk kucing jika termakannya, kerana ia adalah pasir kucing semula jadi.

Pasir kucing Tofu kurang mengeluarkan debu dan sesuai untuk [pemilik yang berhidung sensitif] dan [kucing yang bermasalah pernafasan]. Kuat tutup bau, dan boleh dikatakan tidak ada bau yang aneh langsung. Tetapi pasir kucing tofu ada bau tersendirinya, dan biasanya memerlukan beberapa hari untuk membiasakannya.

Pasir kucing mudah clumping, Pasir tofu ni boleh flush ke tandas, kerana ia adalah pasir kucing semula jadi.

*Jenama tofu yang murah tak clumping, tak tutup bau, dan berdebu.

Kebaikan & keburukan Toufu/Tofu/Soya cat litter

✅Kurang habuk, sesuai untuk sesiapa yang sensitif
✅Tak mudah bawa keluar dari bekas pasir
✅Ringan
✅Boleh flush ke tandas
❌Kelembapan mudah mengundang bakteria
❌Mahal

Cara memilih pasir kucing

Terlalu banyak jenis pasir kucing sampai tidak tahu macam mana pilih?

Untuk dust-free:Tofu
Untuk Odour-free:Clay
Untuk kucing yang bercedera:Paper

Table untuk perbandingan Pasir Kucing

Pasir Kucing

Jenis & Average

Green kat

Jenis: Paper

RM1.4/L

Kawan

Jenis: Tofu

RM1.9/L

Reallabs

Jenis: Clay

RM1.9/L

Cindy & Friend

Jenis: Tofu

RM2.1/L

Gatto

Jenis: Tofu

RM2.7/L

Little Star

Jenis: Crystal

RM2.8/L

Cats Agree

Jenis: Tofu

RM2.8/L

5 Gold

Jenis: Clay

RM3.0/L

Cat's Best

Jenis: Pine Wood

RM3.2/L

Check Harga

Scroll ke —>

9 Pasir kucing terbaik di Malaysia

9 jenis pasir kucing ini disyorkan oleh pemilik kucing setelah digunakan. Tiada perbezaan kedudukannya. Tiada mana-mana jenis yang terbaik, tetapi bergantung pada keadaan setiap individu kucing. Buatkan pilihan mengikuti keperluan dan kemampuan masing-masing.

5 Gold Cat Litter

5gold cat litter
  • Clay cat liitter
  • Air kencing pun dapat clumping
  • Kuat mengawal bau
  • Pasir kucing yang paling popular dalam kalangan masyarakat Cina

Pasir kucing clay biasanya banyak habuk, tetapi pasir kucing 5 Gold Cat  kurang berhabuk, kuat mengawal bau, dan pelanggan membelinya berulangan. Bahannya mencukupi, dan harganya lebih mahal daripada pasir kucing clay biasa

Reallabs Ultra Real Litter

reallabs ultra cat litter
  • Clay/Bentonite cat litter
  • Design cantik
  • Berkarbon aktif, ia dapat membantu penghilangkan bau

Reallabs juga merupakan jenama tempatan, dan jenama ini menggunakan bahan bentonit untuk menghasilkan pasir kucing yang bermesra alam dan tidak bertoksik. Bentonit semula jadi dapat mencegah bakteria tumbuh di dalam pasir kucing.

Pasir kucing Reallabs dibuat dengan penyaringan habuk selama dua kali, oleh itu ia dapat menjamin pengurangkan kesan debu. Di samping itu, pasir kucing mengandungi karbon aktif (Karbon), ia dapat mengawal bau dengan berkesan.

Pasir kucing tofu mereka juga banyak dipuji, iaitu Reallabs Lite.

Litter Star Crystal Cat Litter

little star cyrstal cat litter
  • Crystal/Silica gel cat liitter
  • Tidak bertoksik
  • Boleh guna hampir 1 bulan
  • Air kencing tak perlu dibersihkan setiap kali

Litter Star adalah pasir kucing yang diperbuat dari gel silika. Terdapat banyak lubang kecil yang dapat menyerap air dengan cepat di dalam gel silika, lubang-lubang ini dapat menyerap air kencing dengan berkesan dan mengawal bau.

Air kencing tidak perlu dibersihkan dengan kerap, tetapi berak kena dibersihkan. Gantikan pasir kucing yang baru setelah 80% dari keseluruhan pasir kucing berubah warna. Silikon ini tidak beracun, dan kucing akan selamat jika termakannya.

Cats Best Pine Wood Cat Litter

cats best pine-wood
  • Wood/Pine Wood cat liitter
  • Pine wood litter yang paling popular di dunia
  • Mesra alam, boleh digunakan sebagai baja setelah digunakan
  • Sesuai untuk pemilik yang ingin menjimatkan pasir kucing dan takut berbau

Cat’s Best adalah pasir kucing habuk kayu yang paling popular di dunia. Jenama ini menggunakan seratan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan pasir kucing habuk kayu semulajadi.

Oleh sebab ia dihasilkan daripada bahan semula jadi, ia dapat digunakan sebagai baja dan dimasukkan ke dalam kebun untuk penguraian.

Ia perlu digunakan bersama dengan pad pasir kucing, jika tidak ia akan mudah melekat pada kaki kucing.

Green Kat Recycled Paper Cat Litter

green kat paper litter
  • Paper Cat Litter
  • Debunya tak banyak
  • Mesra alam, boleh digunakan sebagai baja setelah digunakan

Pasir kucing kertas Green Kat boleh dikatakan bebas daripada debu dan tidak berbau, ia sangat sesuai untuk pemilik yang takut pada bau dan debu.

Biasanya orang beranggap bahawa air kencing kucing tidak akan bergumpal, dan sisa-sisa kertas akan hancur dan sukar untuk dikeluarkan. Sebenarnya, lebih mudah untuk tunggu pasir kucing kertas yang tersentuh air kencing terurai dan kemudian keluarkannya.  Biasanya, anda hanya perlu mengeluarkan berak.

Paper Vs Pine Wood
Paper cat litter adalah untuk kucing tertentu, seperti kucing yang suka jaga kebersihan, atau kucing yang berluka di badan.

GATTO Tofu Cat Litter 

Gatto tofu litter
  • Tofu Cat Litter
  • Tofu yang paling popular dalam masyarakat Cina
  • Ada Active carbon, untuk menghilangkan bau
  • Sesuai untuk Indoor cat

Gatto adalah jenama tempatan, pasir kucing tofu mereka sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina.

Bahan kacang polong lebih lembut, prestasinya lebih kuat jika berbanding dengan jenis kacang soya dari segi penyerapan, clumping, penghilangan bau dan pengurangan debuan. Pasir kucing kacang polong juga mempunyai aroma seratan tumbuh-tumbuhan yang ringan, ia paling sesuai digunakan dalam bilik.

Cats Agree Tofu Cat Litter

CATS AGREE cat litter
  • Tofu Cat Litter
  • Kuat clumping
  • Kuat pengawalan bau

Pasir kucing tofu Cats Agree adalah dalam Gred Makanan Manusia (Human Food Grade), selamat dan tidak beracun. Kucing yang selalu makan pasir kucing boleh memilih jenama ini.

Setiap bijian pasir kucing tofu adalah 2.0mm, ia lebih menjimatkan. Selain clumping dan pembekuan yang kuat, yang paling penting adalah pasir kucing ini mempunyai standard ISO 9001 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (standard penetapkan sistem pengurusan kualiti produk).

Kawan Tofu Cat Litter

kawan tofu
  • Tofu Cat Litter
  • Penjualan pertama di Shopee
  • Ramping panjang dan tidak mudah rapuh
  • Murah
Kawan tofu cat

Kawan adalah pasir kucing tofu yang paling ekonomik, ia mendapat penjualan pertama pasir kucing tofu di Shopee. Pasir kucing yang ramping panjang ini tidak mudah rapuh, tidak melekat di bawah bekas, dan clumping pun kuat.

7L boleh digunakan lebih kurang 30 hari untuk 1 kucing.

Cindy & Friend Cat Tofu Litter

cindy and friend tofu litter
  • Tofu Cat Litter
  • Penjualan kedua di Shopee
  • flavour Green Tea & Charcoal lebih wangi

Pasir kucing Cindy & Friend menduduki tempat kedua dalam penjualan Shopee. Ini juga disebabkan harganya yang rendah dan prestasi keseluruhannya yang baik (pengawalan bau, clumping, pengurangan debu).

Terdapat 4 rasa untuk jenama ini, rasa Charcoal agak istimewa, ada yang suka dan ada yang tidak, ini berbeza dari satu orang ke orang yang lain. Hanya terdapat satu kelemahan iaitu kucing suka makan pasir kucing tofu jenama ini ~ Adakah ini juga berlaku pada kucing anda?

Cindy & friends = Cindy’s Recipe

Read more tentang makanan kibble Cindy’s Recipe: Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus! Whisxxx ada warna?

Pasir Kucing

Jenis & Average

Green kat

Jenis: Paper

RM1.4/L

Kawan

Jenis: Tofu

RM1.9/L

Reallabs

Jenis: Clay

RM1.9/L

Cindy & Friend

Jenis: Tofu

RM2.1/L

Gatto

Jenis: Tofu

RM2.7/L

Little Star

Jenis: Crystal

RM2.8/L

Cats Agree

Jenis: Tofu

RM2.8/L

5 Gold

Jenis: Clay

RM3.0/L

Cat's Best

Jenis: Pine Wood

RM3.2/L

Check Harga

Pasir kucing FAQ

Clumping vs Tak Clumping

Biasanya kucing lebih suka pasir kucing yang clumping kerana ia boleh menolakkan gumpalan itu ke tepi. Tetapi untuk Kitten, disarankan memilih pasir kucing yang tak clumping kerana kitten akan menganggap clumped pasir kucing sebagai makanan dan termakannya.

Kenapa kucing tak guna bekas pasir kucing?

Lokasi bekas pasir kucing

Cara meletakkan pasir kucing adalah pilihkan sudut dan jangan mengganggu kucing semasa ia menggunakan bak supaya kucing akan berasa lebih selamat.

Tandas kucing haruslah jauh daripada tempat makan kucing. Kucing sendiri akan membezakan di mana ia tidur, makan, dan buang air besar. Bukan hanya kucing, tetapi anjing juga sama.

Pasir kucing tidak dibersihkan

Bekas pasir kucing terlalu kotor!
Sekiranya pasir kucing tidak dibersihkan, kucing akan membuang air besar di mana-mana sahaja untuk membantah. Kucing suka pasir kucing yang bersih.

Rasa kaki kucing di pasir kucing

Sentuhan pasir kucing sukar diterima. Sebagai contoh, tekstur Silical gel agak keras, sesetengah kucing sukar menerimanya, jadi mereka terus tidak menggunakannya.

Proses penghasilan pasir kucing

Jenama pasir kucing tempatan Gatto pernah mendedahkan proses penghasilan pasir kucing mereka. Sekiranya anda ingin mengetahui yang lebih lanjut, anda boleh klikkan video di bawah.

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

Read More:6 ubat cacing kucing yang terbaik di Malaysia

obat cacing kucing deworm terbaik

2 thoughts on “9 Pasir Kucing Terbaik di Malaysia! Kurang Habuk!”

Leave a Reply to ZonKucing Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *