obat cacing kucing deworm terbaik

6 ubat cacing kucing yang terbaik di Malaysia

Cara menghilangkan Parasit dalaman & luaran! Berapa kerap bagi ubat cacing? Brand Revolution+ bagus ke? Kenapa kita harus deworming?

Senang kata, ini adalah tanggungjawab sebagai tuan kucing. Deworming dapat melindungi kesihatan kucing. Parasit ini tidak hanya membahayakan kucing, tetapi ia akan merebak kepada manusia.

【Cacing atau Parasit dalaman】adalah Heartworm,Hookworm,Roundworm

【Cacing atau Parasit luaran】adalah Flea,Ear Mites,Tick,Lice

Dari mana asalnya cacing?

Umumnya, barang biasa di rumah kita mungkin terdapat cacing/parasit, seperti kain lap kaki (permaidani), kasut, rumput, tumbuh-tumbuhan, tanah, tikus, nyamuk, tokek dan lain-lainnya. Semasa kucing bermain, termakan tokek, atau tersentuh kasut anda, kucing-kucing mungkin dijangkiti oleh parasit tersembunyi. Jadi kita boleh menjadi pembawa parasit yang menjejaskan kucing kita.

Contohnya, Heartworm disebarkan oleh nyamuk.

Serangga ini mungkin merangkak keluar dari mata kucing, dubur, hidung, kucing berak cacing dan kucing muntah cacing.
Oleh itu, walaupun editor ada robot penyapu untuk membersihkan rumah secara berkala setiap hari, parasit masih ada peluang untuk merebak.

* Editor mengesyorkan robot penyapu 1c Xiaomi, anda akan berasa lega apabila melihat kotak debu yang penuh dengan rambut/bulu. Robot penyapu ini Vacuum + Mop 2 in 1.

Apakah simptom setelah dijangkiti cacing?

Secara amnya, kucing akan mengalami gejala seperti batuk, muntah, dan bernajis lembut, dan ada juga yang mengalami gejala kesukaran bernafas. Tiada gejala tidak bermaksud tidak ada parasit, tuan-tuan harus menghapuskan cacing kucing secara berkala.

Kucing saya perlu dilakukan deworm?

Adakah saya perlu melakukan deworm semasa membawanya pulang?

Cadangkan untuk menguarantin dan menghapuskan cacing bagi kucing yang dibawa dari luar terlebih dahulu agar tidak membahayakan kucing di rumah.

Anda tidak akan tahu sama ada kucing itu dijangkiti parasit semasa di luar / di Pet store.

Kucing yang makan “Raw Food” perlu menjalankan penghapusan cacing ?

Sekiranya daging anda dibeli dari pasar raya, disarankan agar anda menjalankan penghapusan cacing sebulan sekali. Parasit berkemungkinan akan membiak atau bersembunyi di dalam daging apabila daging dicairkan sedikit semasa pengangkutan atau sumber daging tidak diketahui.

Selagi anda dapat memastikan bahawa sumber daging boleh dipercayai, anda boleh lega dan melakukan penghapusan cacing 3-6 bulan sekali. Anda juga boleh membeli jenama makanan haiwan mentah yang boleh dipercayai, seperti Coco & Joe Barf, jenama makanan mentah yang biasa dijual di Malaysia.

Read More: 【Malaysia】22 Jenama Makanan Basah Kucing Bagus Review

Bolehkah anak kucing menggunakan ubat cacing kucing?

Berapa umur kitten boleh menggunakan ubat cacing? Secara amnya, kitten mesti berumur sekurang-kurangnya 2 bulan. Apa yang harus dilakukan sekiranya anak kucing yang baru lahir sudah dijangkiti cacing / parasit?

1 jenama ubat cacing boleh digunakan untuk anak kucing yang telah dilahirkan 2 hari, namanya Frontline Spray.

Jenis ubat cacing kucing

Spray Spot-on/Pipet Ubat
Umur kucing yang sesuai 2 hari ke atas 2 bulan ke atas 4-5 bulan ke atas
Cara penggunaan Sembur + lap pada kucingTitiskan di bahagian belakang leher Oral
BezaBoleh disimpan selepas guna 1 unit hanya boleh digunakan untuk seekor kucing, buangkan selepas guna Makan ke dalam badan
Fungsi Menghilangkan parasit luaran Menghilangkan parasit dalaman & luaran Menghilangkan parasit dalaman
Scroll —->

Kolar kutu bagus? berkesan?

Tidak digalakkan kerana kesihatan kucing akan dijejaskan jika memakai kolar berubat dalam jangka masa yang panjang. Kesan-kesan akan berbeza dari satu kucing ke kucing yang lain, tetapi kita tidak menggalakkannya.

6 jenis ubat cacing kucing terbaik

6 jenis ubat cacing ini amat disyorkan oleh pecinta kucing setelah menggunakannya. Tiada perbezaan kedudukannya. Tiada mana-mana jenis yang terbaik, tetapi bergantung pada keadaan setiap individu kucing.

Advantage

Advocate

Broadline

Drontal

Frontline

Revolution+

Flea (kutu)

✅

✅

✅

❌

✅

✅

Flea eggs

❌

❌

✅

❌

✅

✅

Ear mites

❌

✅

❌

❌

❌

✅

Lice

❌

❌

✅

❌

✅

✅

Tick

❌

✅

✅

❌

✅

✅

Heartworm

❌

✅

❌

❌

❌

✅

Hookworm

❌

✅

✅

✅

❌

✅

Roundworm

❌

✅

✅

✅

❌

✅

Umur Min.

8 weeks

9 weeks

7 weeks

6 weeks

8 weeks

6 weeks

Jenis

Spot-on

Spot-on

Spot-on

Ubat/Tablet

Spray

Spot-on

Harga

Scroll —-> For more

Cara menggunakan ubat cacing Spot-On

Berikut adalah beberapa gambar dari Uk.MyPetandi.com untuk memastikan anda memahami keseluruhan prosesnya, sebenarnya ia sangat mudah

Menitis di leher kerana kucing tidak dapat menjilat lehernya.

Masih tidak faham? Tonton video tutorial di bawah

Berapa kerap saya harus bagi ubat cacing?

Kitaran parasit agak-agaknya 2-4 minggu. Berapa kerap lebih baik untuk menyingkirkan cacing? Cadangan ini dibahagikan kepada 3 situasi, berdasarkan keadaan sebenarnya.

Kucing sudah jangkitan dengan parasit

  • 1 bulan deworm sekali

Kucing tidak dijangkiti parasit, tapi kucing sering bermain di luar

  • 1 bulan deworm sekali

Indoor Kucing, tidak dijangkiti parasit, hanya untuk pencegahan

  • 3-6 bulan deworm sekali

Biasanya jadual ubat cacing kucing ialah 1 bulan 1 kali

Kesimpulan-Cadangan untuk ubat cacing kucing

Anda boleh memilih ubat cacing yang sesuai mengikuti tabiat hidup kucing anda

  • Revolution Plus yang paling baik untuk menghapuskan kedua-dua parasit dalaman dan luaran, harganya agak mahal berbanding jenama lain.
  • Jika anda hanya ingin menghilangkan Kutu, pilihlah Frontline Spray, dan ia boleh digunakan oleh anak kucing yang berusia 2 hari.
  • Sekiranya anda menggunakan kaedah menitis dalam situasi banyak kucing, ia agak sukar untuk mengawal kucing tidak menjilat leher masing-masing. Pilihlah Drontal untuk menghilangkan cacing di dalam badan kucing.

Taniah! Anda telah habis membaca artikel ini. Tolong share kepada kawan-kawan anda. Thank you! ~

【Shopee Promo Code】

🔥 Shopee Air-Dried 50% Promo Code:PEEPDAKA

Shopee 16%
Shopee

(Existing User) 16% Cashback Ms RM55

IP03PH
Valid until April 1, 2022
Shopee 50% Off
Shopee

Air-Dried 50% Off,

PEEPDAKA
Valid until October 1, 2022

Read More:Cara Pilih Makanan Kucing Kering yang bagus! Whisxxx ada warna?

Makanan kucing kering yang bagus

2 thoughts on “6 ubat cacing kucing yang terbaik di Malaysia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *